MENU
Your Cart

1L Terban Racun Serangga Anai-Anai/Lipas (Kelas II)

1L Terban Racun Serangga Anai-Anai/Lipas (Kelas II)
Out Of Stock
1L Terban Racun Serangga Anai-Anai/Lipas (Kelas II)
  • Stock: Out Of Stock
  • Model: TB-1L
  • Weight: 1.60kg
  • Dimensions: 10.00cm x 10.00cm x 27.00cm
RM40.00
Price in reward points: 16000

Description

Terban ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan 'organophosphate' yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut.

 

Aturan pengunaan

Pengunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawak Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

i) Perlindungan Sebelum Pembinaan (Pre-construction)

Tempat Serangga Perosak Kadar Racun Catatan
10 Liter Air 10 m²
Tapak Pembinaan Anai-anai 125 ml 1.1 Liter Siram 5.5 liter/m² pada permukaan tanah sebelum ditutupi dengan konkrit atau simen

 

ii) Perlindungan Selepas Pembinaan (Post-construction)

Tempat Serangga Perosak Kadar Racun Catatan
10 Liter Air 10 m²
Bangunan lama dan baru Anai-anai 125 ml 25 ml Buatkan lubang-lubang suntikan dengan jarak 40-60 cm setiap satu sedalam 30 cm. Suntik 2.8 liter larutan bagi setiap lubang dengan menggunakan penyuntik tanah

 

iii) Untuk Mengawal Serangga Dalam Rumah

Tempat Serangga Perosak Kadar Racun Catatan
10 Liter Air 10 m²
Rangka pintu, tingkap dan struktur rumah yang berkayu Anai-anai 125 ml - Sapu atau sembur Terban pada semua bahagian rangka pintu, tingkap dan struktur rumah yang berkayu. Ulang rawatan apabila ternampak tanda-tanda serangan baru
Bilik dapur, keliling sinki, dibawah almari,lantai stor dan dinding Lipas 125 ml  0.5 liter Gunakan tekanan rendah (20psi) dengan nozel jenis 'pin point' untuk menyembur temoat seperti di celah-celah dinding, rekahan lantai dan tempat penyambungan dinding. Untuk semburan 'spot' guna tekanan rendah dengan muncung 'fan jet'. Ulang apabila nampak lipas datang semula selepas 7 hari.

 

Catatan

Kawasan yang dirawat perlu dipantau setiap tahun dan perlu lakukan rawatan semula apabila terdapat tanda-tanda serangan.

 

Panduan membancuh

Disyor menggunakan air penyembur galas. Jangan guna penyembur kabus. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Terban secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. JANGAN simpan baki bancuhan Terban di dalam tangki alat penyembur.