MENU
Your Cart

500ML Winter 32.1 EC Racun Rumput/Racun Rumpai (Kelas III)

500ML Winter 32.1 EC Racun Rumput/Racun Rumpai (Kelas III)
500ML Winter 32.1 EC Racun Rumput/Racun Rumpai (Kelas III)
  • Stock: In Stock
  • Model: WT-32.1EC-500M
  • Weight: 550.00g
  • Dimensions: 9.00cm x 9.00cm x 19.00cm
RM25.00
Price in reward points: 10000

Description

Winter 32.1 EC ialah racun rumpai daripada kumpulan 'pyridinecarboxylic acid' yang bertindak secara sistematik untuk mengawal rumpai seperti didalam jadual di bawah.

 

Aturan Penggunaan

Penggunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Kawasan Tanaman Rumpai Kadar Racun Isi Padu Semburan Sehektar
10 Liter Air Sehektar
Getah dan Sawit Akar Ruas-ruas (Asystasia intrusa) 5 ml 250 ml 450 liter
Akar Kala (Clidemia hirta) 33 ml 1.5 liter
Padi (7-14 hari lepas tabur) Rumput Tahi Kerbau, Rusiga Anak Emas, Lakum Air, Keladi Agas 30 ml 750 ml 250 liter

 

Panduan Membancuh

Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel kipas saiz 5/64''. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Winter 32.1 EC secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterunya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. JANGAN guna pada kadar lebih tinggi dari disyorkan. JANGAN simpan baki bancuhan Winer 32.1 EC di dalam tangki alat penyembur.

 

Panduan Menyembur

Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. JANGAN sembur di kawasan tanaman lain yang tidak di syorkan. Paras air dalam sawah hendaklah berukuran 1/2''-2'' kedalamannya semasa dan selepas menyembur bagi mengoptimakan kemujaraban.

 

Tempoh Dilarang Masuk Semula Kawasan Rawatan (REI): 12 jam